Perkhidmatan Rekabentuk 3D Online
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TERMA & SYARAT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Urusan yang dijalankan di sini 100% secara Online
- Setiap urusan menempah Q rekabentuk perlu mendahulukan deposit sebanyak 50% yuran perkhidmatan terlebih dahulu. Baki selebihnya sebanyak 50% perlu dijelaskan sebelum rekabentuk ditunjukkan. (pembayaran boleh di buat di Borang Tempahan)
- Untuk mendapatkan jumlah bayaran yuran perkhidmatan yang dikenakan, perlulah berhubung dengan pereka terlebih dahulu di email : khairunnisahamzahara@gmail.com
- Tarikh mula dan tarikh siap kerja merekabentuk akan diberitahu. Tempoh masa merekabentuk sekurang-kurangnya satu minggu dan selewat-lewatnya dua minggu. Namun boleh berlaku rekabentuk disiapkan lebih awal atau lebih lewat dari tempoh masa tersebut. Sebarang perubahan akan diberitahu terlebih dahulu.
- Tempahan rekabentuk di sini tidak bersifat "urgent". Jika memerlukan rekabentuk secara "urgent" boleh dapatkan perkhidmatan dari designer yang lain. Cas perkhidmatan tambahan akan dikenakan jika benar-benar inginkan rekabentuk disiapkan dengan cepat.
- Setiap yang membuat tempahan perlu melengkapkan dokumen yang diminta dari masa ke semasa bagi memudahkan proses merekabentuk.
- Sepanjang proses merekabentuk, soalan boleh di ajukan dan saling bertukar pendapat
- Rekabnetuk yang telah selesai akan di hantar melalui email dalam bentuk imej jpeg di dalam fail attachment.
- Komen dan Pertukaran rekabentuk boleh dibuat maksimum sebanyak 2 kali
- Untuk menukar rekabnetuk secara total atau menambah skop rekabentuk ruang yang lain, kos tambahan akan dikenakan
setiap yang menggunakan perkhidmatan rekabentuk 3D online terikat dengan terma & syarat di atas
terima kasih di atas kesudian menggunakan perkhidmatan rekabentuk 3D online
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
Founder:
Blog Perkhidmatan Rekabentuk 3D Online
email: khairunnisahamzahara@gmail.com
No comments:
Post a Comment