Semua orang boleh buat rekabentuk 3d sendiri. Jom Belajar

tempah sekarang

tempah sekarang

Google+ Followers

Sunday, 24 November 2013

Pengenalan Kelas Sketchup Online

Kelas Sketchup Online



Alhamdulillah, dah beberapa kali saya mendapat message pertanyaan tentang bila mahu buka kelas sketchup online pula? Insyaallah kelas ini sudah pun berlangsung , setiap peserta kelas akan mendapat 1 ebook percuma tidak lama lagi (saya sedang siapkan modul dan ebook belajar sketchup online). Memang berbaloi jika sudah ada kemahiran asas dalam google sketchup ini.

APA ITU SKETCHUP

sketchup merupakan satu program rekabentuk model secara 3Dimensi yang dipasarkan secara rasmi sebagai "Trimble Sketchup" . Ia digunakan untuk pelbagai bidang secara meluas terutamanya bidang senibina, kejuruteraan sivil dan mekanikal, ia juga digunakan sebagai set bagi pembikinan filem dan video game. Selain itu, saya melihat sketchup ini berpotensi tinggi sebagai program menyediakan bahan pembelajaran khusus untuk guru-guru. Ia boleh menghasilkan model apa saja bermula dengan sebuah "kertas putih yang kosong". 

Sketchup ini boleh di dapatkan secara percuma dengan download dari google. Bagi mendapatkan sketchup professional, bayaran akan dikenakan. Namun begitu, dengan hanya menggunakan sketchup made yang percuma ini sahaja, kita dapat menghasilkan pelbagai rekaan tanpa kira batasannya. 

Program sketchup ini mengetengahkan penggunaan button yang mudah dan mesra pengguna. Ia flesible dan tidak kekok digunakan seperti program 3D lain yang agak mencabar untuk belajar sendirian tanpa guru yang pakar.

KENAPA PERLU BELAJAR ASAS SKETCHUP

Sketchup memudahkan kehidupan designer dan juga ramai orang dalam proses merekabentuk peringkat awalan. Ia lebih mudah untuk dipersembahkan dan diceritakan berbanding menunjukkan lukisan 2 dimensi pelbagai sisi. Dengan adanya sketchup, rekabentuk dapat dilihat secara 3Dimensi, berwarna dan lengkap dengan shadow (bayang-bayang) untuk melihat kedalaman dan realiti sesuatu rupa rekabentuk tersebut.

Manfaatkan software 3D yang boleh diperolehi secara percuma ini hanya dari Google. Membelajari teknik asas mengendalikan sketchup menjadikan si pengguna lebih mahir dalam rekabentuk dan mampu merekabentuk apa sahaja dengan hanya melalui sketchup

Dengan adanya lukisan 3Dimensi ini, ia boleh menjimatkan masa dan mengurangkan masalah terhadap salah faham rekabentuk dan rekaletak antara pemilik dan pembuat. Misalnya tuan rumah dapat menyampaikan maksud rekabentuknya dengan betul kepada tukang kontraktor dengan hanya menunjukkan lukisan 3D ubahsuai dan hiasan dalaman rumahnya yang dihasilkan melalui Google Sketchup. Ini dapat mengurangkan risiko dinding yang dibina perlu dipecahkan semula dan mengelakkan dinding perlu di catkan dengan warna lain pula.

MENGAPA SKETCHUP 

Bukan sekadar ia percuma, malah ia merupakan satu program software 3D yang mesra pengguna dan memiliki button tools yang mudah untuk digunakan. Ia sangat fleksibel dan menjadikan setiap imaginasi menjadi satu 3D yang realiti.  


BAGAIMANA KELAS SKETCHUP DIJALANKAN

Kelas ini akan dijalankan secara online mengikut kesesuaian masa masing-masing.
Tugasan akan diberikan mengikut modul dan nota yang akan diberikan di dalam sesi coaching personal. Setiap peserta akan menghasilkan rekabentuk yang berlainan mengikut kehendak masing-masing. Satu sesi kelas untuk satu jenis rekabentuk sahaja. Misal ( rumah/ hiasan dalaman ruang tamu/ perabot/landscape/dan lain-lain) Setelah siap satu jenis rekabentuk ini, sudah boleh buat lain-lain rekabentuk dengan sendiri.

SIAPA LAYAK BELAJAR SKETCHUP ONLINE

Semua orang boleh belajar sketchup secara online termasuklah :
pelajar senibina
pekerja bidang senibina dan pembinaan
guru yang ingin menyediakan bahan pembelajaran
suri rumah yang ingin menghias kediaman
seorang pemilik tanah yang ingin dirikan kediaman
tukang perabot yang ingin menyediakan 3D perabot untuk ditunjukkan pada pelanggan

BILA BOLEH MULAKAN KELAS

Bila-bila masa saha sebaik sahaja selesai proses pendaftaran

PENDAFTARAN KELAS SKETCHUP

pendaftaran ke Kelas sketchup online telah dibuka. 
yuran pendaftaran RM150  
percuma 1 ebook belajar sketchup online
selepas tamat latihan langkah demi langkah

yuran akan meningkat dari masa ke semasa mengikut pertambahan jumlah peserta

HASIL PEMBELAJARAN
-mampu menghasilkan sendiri rekabentuk (kediaman, hiasan dalaman, perabot dll)
-boleh menjana pendapatan (ambil upah buat 3D)
-boleh terjemahkan lukisan 2D kepada 3D
-memudahkan dan menarikkan lagi pembentangan kerja (presentation)

boleh buat pembayaran dan pendaftaran kelas di sini:
atau hubungi saya di sini : khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Senibina Kehidupan Di Rumah

untuk dapat kan tempahan rekabentuk boleh layari di sini:

Saturday, 23 November 2013

Hiasan Dalaman Kediaman Teres Tiga Tingkat

Teks: khairunnisa hamzahara

Mengimbas balik tempahan rekabentuk hiasan dalaman yang di tempah oleh seorang pelanggan yang merupakan juga sorang sahabat ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar dahulu, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengan pembaca blog semua. Semasa pertama kali saya dihubungi oleh sahabat ini, beliau memberikan sedikit info tentang keperluan rekabentuk ruang dan keadaan sediaada rumah. Antaranya:

PERMINTAAN DARI PELANGGAN

Sahabat saya ini memberitahu bahawa kediaman nya merupakan rumah teres 3 tingkat. Ketika mendapat khabar itu saya terus rasa teruja untuk merekabentuk kediaman jenis teres 3 tingkat ini. Walau sahabat ini menempah rekabentuk hiasan dalaman untuk keseluruhan ruang di kediaman, terdapat dua ruang yang saya tidak perlu buatkan rekabentuknya iaitu dapur kering dan dapur basah. Ini kerana dia telah pun bina kabinet dapur sebelum berurusan dengan saya. Permintaannya adalah untuk menghasilkan rekabentuk hiasan dalaman yang praktikal bersesuaian dengan kehidupan rutin harian mereka yang sibuk bekerja.Oleh itu, saya telah meneliti dan merancang pelan rumah mereka dan menghasilkan rekabentuk hiasasn dalaman seperti berikut:

PELAN 3D KESELURUHAN TINGKAT BAWAH RUMAH
Gambar: Pandangan keseluruhan pelan 3D lantai bawah 
Gambar: Pandangan rekabentuk ruang entry dan ruang tamu

RUANG ENTRY

Semasa membuat lakaran, saya membayangkan rutin harian pemilik rumah ini di dalam kediamannya sekeluarga. Lalu saya mulakan perancangan dari ruang pintu masuk utama kediaman ini. Dari pintu masuk utama satu laluan masuk diwujudkan untuk mewujudkan suasana menghormati tuan rumah. Ia memberi sedikit sekatan kepada pandangan direct ke dalam ruang rumah. Bagi tetamu asing, ia seolah-olah imegresion kerana perlu menunggu tuan rumah jemput masuk sebelum terus masuk ke dalam rumah. Jadi tak semestinya kediaman banglo atau rumah besar saja yang boleh kita cipta suasana "entry" sebegini. Di sini juga dilengkapkan dengan kabinet kasut dan juga keperluan lain seperti payung dan sebagainya. Malah ia boleh juga dijadikan kabinet menyimban album-album gambar buat tatapan tetamu yang berkunjung. Di atas kabinet ini dilengkapkan dengan panel kayu sebagai pemisah ruang. Di sebalik panel kayu ini adalah ruang tamu dan ruang menonton. Bertentangan kabinet ini dibina pula kabinet bina dalam yang lain memenuhi sekeping dinding untuk tujuan menyimpan barangan rumah agar nampak kemas. Cermin muka dan meja bar kerja serta 2 buah bangku stool dicadangkan untuk sediakan bersama kabinet bina dalam ini sebagai ruang persediaan terakhir untuk tuan rumah membuat persiapan akhir menguruskan diri dan dokumen kerja sebelum keluar meninggalkan rumah menuju ke pejabat. Ia juga boleh dijadikan sudut berbual bagi seorang tetamu kerja/tetamu urusan yang datang berkunjung ke rumah secara tiba-tiba untuk menyudahkan urusan penting seperti mengisi borang dan menandatangani surat.

RUANG TAMU

Satu step ke atas untuk naik ke ruang tamu. Ketika melangkah ke step atas tersebut tetamu boleh menghayati lukisan yang digantungkan di dinding bersebelahan step tersebut. Set sofa yang dicadangkan berkonsepkan sofa modern yang bercirikan gaya santai dengan L-shape. Bahagian L-Shape diletakkan menghadap pintu sliding kaca untuk menghayati taman di luar rumah.Kabinet TV dilengkapkan dengan almari berpintu untuk menyimpan buku atau majalah dengan kemas dan tersusun. Sebuah kerusi single yang boleh dialih dan lebih ringan turut diletakkan di ruangt tamu ini bagi memecahkan suasana rigid dengan sofa L-shaped tadi.

RUANG REHAT

Semasa menuju ke ruang makan, terdapat satu ruang pertembungan untuk simpang tiga :) iaitu laluan trafik dari ruang tamu, tangga dan ruang makan. Ruang ini dimanfaatkan sebagai ruang rehat (R&R). Ia dicadangkan untuk dibina box up kayu dan rak kaca bagi dihias dengan aksesori hiasan kediaman dan diletakkan dua buah kerusi serta meja kopi kecil untuk diletakkan buku, majalah dan surat khabar.

RUANG MAKAN

4 batang panel kayu dipasang untuk menutupi pandangan terus ke arah dapur dan ruang makan. Di ruang makan, ruangnya agak memanjang. Ia juga jauh dari ruang tv di ruang tamu. Bagi mengecewakan penghuni atau pengunjung dari terlepas menonton sesuatu rancangan ketika menikmati juadah, TV turut di wujudkan di ruang ini. Ia juga boleh dilihat oleh mereka yang di dapur. Kabinet TV direka luas dan lebar untuk dijadikan juga sebagai meja untuk buat persiapan hidangan ketika ada tetamu yang datang sebelum dihidang di meja makan.

PELAN 3D KESELURUHAN TINGKAT SATU
Gambar: Pandangan keseluruhan pelan 3D ruang tingkat satu
Gambar: Pemandangan rekabentuk 3D ruang keluarga

RUANG KELUARGA
Semasa menaiki anak tangga sehingga menuju tingkat atas di lantai satu, ruang pertama yang dijumpai adalah ruang tamu. Di tingkat ini terdapat 3 buah bilik. Oleh itu ruang kosong di hadapan tangga ini sesuai dijadikan ruang tamu. Namun oleh kerana ruang nya comel, elok untuk diletakkan sebuah sofa 2 seater dan meja kopi sahaja dan kemudiannya dilengkapkan dengan sebuah lampu berdiri di hujung sudut lantai. Dinding utama yang mencuri tumpuan dihias dengan wallpaper dan lukisan berbingkai. Untuk menyerikan ruang, rak digantungkan dan dipamerkan gambar-gambar kenangan keluarga. Dengan adanya ruang ini, setiap ahli keluarga dari 3 bilik tadi boleh saling bertembung dan bersantai di ruang rehat ini bersama bagi meluangkan masa bersama.


Gambar : Pandangan 3D bilik tidur master

BILIK TIDUR MASTER

Bilik tidur master direka sebagai bilik untuk beristirehat dan bersiap-siap. Bagi mengurangkan stress dan kepenatan seharian bekerja, pemilihan konsep untuk bilik tidur perlulah dititik beratkan. Warna gelap boleh memberikan mood romantik kepada penghuninya. Di bahagian kepala katil dan kabinet lain diberikan tona warna yang sama iaitu warna coklat gelap. Kepala katil dipasang panel panel kayu dan di kiri kanannya diletakkan cermin muka. Ia membolehkan kedua-dua pasangan suami isteri melihat penampilan mereka seawal bangun pagi dari katil lagi. Di sisi katil juga dilengkapkan dengan meja sisi yang diletakkan lampu meja di atasnya. Meja solek dan meja TV di satukan malah ia boleh dijadikan meja membaca juga. Almari pakaian dibina sehingga ke siling dan hanya dipasang 2 pintu sliding yang besar agar nampak ringkas dan bergaya. Untuk menyedapkan kaki di dalam bilik ini, hamparkan sekali permaidani lembut di bahagian kerusi meja solek untuk melembutkan suasana.
Gambar: Pemandangan 3D Bilik tidur single
BILIK TIDUR SINGLE

Bilik tidur single ini buat masa sekarang mungkin untuk kegunaan anak kecil pemilik rumah, namun di masa hadapan akan dijadikan bilik untuk pembantu rumah. Jadi satu konsep ringkas dan santai di gunakan untuk bilik ini di mana ia boleh digunakan oleh anak kecil atau pembantu rumah.


Gambar: pandangan 3D pelan bilik tamu

Di tingkat satu turut ditempatkan bilik untuk tetamu. Bilik ini akan digunakan oleh ibu bapa yang datang berkunjung atau untuk tetamu jauh yang lain. Untuk keselesaan tetamu, ia dilengkapkan dengan sebuah katil queen dan almari pakaian sliding 2 pintu. Sebuah rak pemisah diletakkan berhampiran pintu bilik air untuk dijadikan ruang bersiap dan solat. Di kawasan ini diletakkan hamparan permaidani kecil dan meja solek yang turut boleh dijadikan meja membaca. Bangku santai juga dilengkapkan di bilik ini di dinding bertingkap. Jika ada budget lebih, boleh diletakkan TV gantung di dinding menghadap katil. Di atas kepala katil pula dihias dengan 3 buah frame lukisan.

PELAN 3D KESELURUHAN TINGKAT DUA

Gambar: Pandangan 3D pelan tingkat dua

BILIK KERJA & STUDY

Bilik kerja dan bilik study di tingkat atas sekali pula direka khas untuk 2 orang iaitu untuk pasangan suami isteri. Kelak boleh turut digunakan oleh anak-anak yang sudah bersekolah dan membesar. Bilik ini agak luas jadi boleh dilengkapkan dengan almari bina siap di keliling dinding bilik bagi menyimpan keseluruhan barang kerja dan study dengan kemas dan teratur. Ia mengelakkan bilik kelihatan bersepah. Bilik ini dilengkapkan dengan katil single bagi merehatkan badan tanpa perlu ke bilik tidur utama untuk berbaring. 


RUANG PANTRY 

Istimewanya di tingkat atas sekali ini ada lorong kecil menuju ke bilik air. Bagi memasukkan mood di pejabat atau di library, jalan menuju ke "rest room" di berikan make up seperti sebuah pantry kecil. Selain meletakkan sink dan kabinet sink. Boleh juga diletakkan kabinet top untuk menyimpan cawan, sudu dan pinggan seperti sebuah pantry kecil untuk menyimpan kelangkapan refreshment setelah semalaman menyiapkan kerja atau study.
Gambar: Ruang Pantry

BILIK TIDUR KANAK-KANAK

Bilik tidur kanak-kanak di reka muat untuk tidur dua orang anak. Ia dilengkapkan dengan dua buah katil almari, meja belajar dan rak. Anak-anak boleh bermain dan tidur di bilik ini sambil diperhatikan oleh ibu bapa yang sedang menyiapkan kerja di bilik sebelah.

Jadi, itulah dia serba sedikit perkongsian rekabentuk hiasan dalaman rumah jenis tiga tingkat ini. Saya mendoakan agar penghuni rumah ini iaitu sahabat saya sekeluarga dapat merealitikian impian mereka untuk merekabentuk dan menghias kediaman agar menjadi lebih selesa dan praktikal dalam kehidupan seharian. Hiasilah kediaman, Hiasilah Peribadi. Semoga Seribu keberkatan diberikan oleh Allah kepada semua penghuni kediaman ini dan kepada tetamu yang datang berkunjung. Ameen

Sebelum mengakhiri entry ini, sukalah saya untuk kongsikan maklumbalas yang diterima dari sahabat saya ini iaiatu: 

"kalau nk ckp psl 3d online services ni, i am satisfied with the design produced. It matches the requirement and the design is to our liking. Feedback dapat on time, one thing to request, is to to use exact measurement so that we can plan accordingly on the sizing of the furniture, barang2.Other than that, satisfied" Hidayah Hussein

Sampai di sini dahulu, bertemu kita di lain entry
Salam sayang dari saya
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan di rumah

Untuk tempah rekabentuk kediaman atau hiasan dalaman boleh masuk di sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
Jika ingin belajar asas merekabentuk menggunakan sketchup secara online, baca di sini:http://rekabentuk3donline.blogspot.com/p/kelas-sketchup-online.html
Untuk belajar bina blog sendiri secara online, baca disini:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html

SEDANG GIGIH MASUKKAN CERITA MEREKABENTUK TEMPAHAN DARI PELANGGAN

Assalammualaikum semua. Insyaallah saya akan usahakan secepat mungkin untuk menceritakan kepada anda tentang kisah dan pengalaman ketika merekabentuk 3D untuk pelanggan online. Sementara saya menghasilkan entry-entry perkongsian ini, anda boleh melihat beberapa contoh rekabentuk 3D yang pernah saya hasilkan sepanjang beroperasi secara online ini di sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/p/galeri-rekabentuk.html

Thursday, 7 November 2013

Pereka Di Dalam Rancangan Safiyya 2013

http://www.youtube.com/v/Dp2MSdEgLUA?version=3&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=yfNGEhM8wv53qALUELkGNA&autohide=1&autoplay=1&feature=share

Tuesday, 5 November 2013

Fasad Hadapan Kediaman Banglo Setingkat

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Perkhidmatan Rekabentuk 3D Online

Tempahan rekabentuk pelanggan

Kali ini saya ingin berkongsi tentang rekabentuk yang ditempah oleh salah seorang pelanggan rekabentuk yang merupakan juga pembaca Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman Ini. Pertama kali mendapat message dari beliau, eliau menghantar message melalui pesanan di whatapps. Katanya beliau dan isteri memerlukan perkhidmatan mereka pandangan hadapan rumah banglo setingkat mereka. Mereka seboleh-boleh meyakinkan saya bahawa mereka benar-benar mahu kan rekabentuk fasad (pandangan ) hadapan sahaja. Kata beliau lagi, pelan telah dilakarkan dan akan dilukis oleh pelukis pelan yang dilantik. Cuma mereka perlu pastikan bagai mana rupabentuk kediaman mereka dari segi 3 dimensi.

Setelah melayari internet, mereka membaca perkhidmatan yang disediakan dan meminta saya agar bertolenrasi untuk berikan perkhidmatan rekabentuk pandangan hadapan sahaja. Mereka memilih untuk merekabentuk sendiri pandangan tepi kiri dan kanan serta pandangan belakang kediaman sendiri. Ini kerana mereka ingin mengurangkan kos mengupah "designer". Alhamdulillah hasil perbincangan saya telah bersetuju untuk berikan perkhidmatan merekabentuk pandangan hadapan sahaja.


Bakal pemilik kediaman ini berhubung dengan saya melalui whatapps sepanjang tempoh berurusan. Beliau telah memberikan message bergambar pelan dan lakaran kediaman setingkatnya seperti yang telah beliau reka bersama isteri. Saya menghormati rekabentuk yang dihasilkan terutamanya dalam perancangan ruan pada pelan kediaman mereka. Sungguh teliti dan sangat terancang walaupun sekadar lakaran. Kemudiaan saya melihat pula lakaran pandangan hadapan yang telah dilakarkan. Pastinya semua orang ingin melihat bagaimana rupa sebenar kediaman setelah siap, jadi bakal pemilik kediaman ini telah berusaha mendapatkan perekabentuk 3D untuk melihat bagaimana rupa paras kediaman nya nanti.

Bagi memastikan bagaimana citarasa pemilik, saya telah meminta agar beliau menghantar sekurang-kurangnya dua imej rupa hadapan banglo setingkat yang digemari dan diimpikan oleh beliau dan isteri melalui pencarian imej di Google. Bukan sahaja dua malah lebih dari itu beliau berikan untuk rujukan saya. Setelah pembayaran yuran perkhidmatan di jelaskan, saya mula membuat kerja merekabentuk dengan rekabentuk pertama selama seminggu dan rekabentuk kedua selama seminggu.

Rekabentuk fasad pertama




Rekabentuk pertama saya mengetengahkan konsep modern klasik di mana menggunakan warna putih, dan warna kayu serta batuan. Rekabentuk menfokuskan kepada dinding tengah di pintu masuk utama di mana ada gelas pencahayaan di atas dinding yang dipayungi oleh bunbung anjung kediaman. Ia memberikan kesan dramatik dan konsep yang sangat fokus. Bumbung ula menggunakan "shingles" yang terdiri daripada kepingan kayu yang sejuk dan cantik di pandang mata. Penggunaan unsur elemen seperti kayu, gelas, batu dan kaca digabungkan agar menjadi satu bentuk keserasian untuk sedap dipandang mata. Konsep ini sesuai kepada mereka yang cintakan alam semula jadi.

Rekabentuk fasad kedua




Rekabentuk fasad kedua pula terus memfokuskan kepada rekabentuk kediaman bercirikan konsep Inggeris. Saya mengikut semula imej-imej yang diberikan oleh bakal pemilik bersama isterinya yang sememangnya sukakan konsep country dan inggeris ini. Pemilik meminati rekabentuk kedua ini dengan penggunaan warna rumah bewarna kelabu kehijauan dan di serikan dengan warna putih pada tiang dan bingkai pintu serta tingkap. Sebaik menerima emel untuk rekabentuk fasad kedua ini, pemilik meminta agar saya membetulkan sedikit fasad yang dibuat bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk diberikan kepada pelukis pelan yang mereka telah lantik bagi menyelesaikan lukisan submission yang perlu diserahkan kepada majlis perbandaran sebelum rumah boleh didirikan. Berikut pembetulan yang ditandakan oleh pemilik kemudian di hantar imejnye kepada saya semula dengan menggunakan whatapps juga.

Perubahan


Kata beliau, yang pertama: beliau minta agar bumbung di sebelah kiri iaitu bumbung dapur di samakan dengan bumbung sebelah kanan iaitu bumbung bilik tidur bagi menfokuskan satu kelainan sahaja iaitu di bumbung anjung. Yang kedua: pemilik meminta agar tiang anjung di condongkan sedikit. Yang ketiga : meletakkan lampu luar di sebelah pintu masuk utama. Saya tersenyum melihat maklumbalas yang diterima dan kesungguhan bakal pemilik kediaman yang dibina ini. Lantas selang beberapa hari, saya membetulkan semula rekabentuk fasad seperti yang diminta seperti di bawah:



Bumbung telah diperbetulkan seperti yang diminta, tiang anjung juga telah dibuat semula seperti yang diminta dan lampu luar telah diletakkan bersebelahan pintu masuk utama. Setelah selesai merekabentuk mengikut kehendak bakal pemilik kediaman ini, saya sendiri merasakan kepuasan dan gembira apabila menerima maklumbalas positif dari beliau , kata beliau melalui message nya di whatapps:

Maklumbalas Pelanggan

"Salam, Perkhidmatan Cemerlang dan boleh bertoleransi dengan kehendak dan citarasa pelanggan. Saya rasa puan perlu ada kenalan/network dengan pelukis pelan. Puan menyediakan design dan pelukis pelan boleh sediakan perkhidmatan melukis pelan dan kelulusan majlis perbandaran"
{Mohammad Noor Hisham}

Terima kasih saya ucapkan buat Tuan Mohammad Noor Hisham di atas kesudian untuk menggunakan perkhimatan merekabentuk 3D secara online dari saya. Terima kasih juga kerana sudi memberikan pandangan dan penambhabaikan perkhidmatan. Insyaallah saya akan usahakan ke arah itu. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mendoakan agar kediaman yang diidamkan bersama isteri ini selamat dibina dengan jayanya dan Allah memberkati kehidupan dan kebahagiaan di dalam kediaman ini.

Akhir kata, salam sayang dari saya,
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Untuk tempahan rekabentuk boleh hubungi penulis di
Email: khairunnisahamzahara@gmail.com
Atau: message whatapps di 0197720507

Jazakallah