Semua orang boleh buat rekabentuk 3d sendiri. Jom Belajar

tempah sekarang

tempah sekarang

Wednesday 4 November 2020

SELAMAT DATANG

Hak Milik : Rekabentuk 3D Online

SELAMAT DATANG KE
BLOG PERKHIDMATAN 3D ONLINE
Yang Julung-Julung Kali diadakan di Alam Maya

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Akhirnya Hasil karya saya kini dibuka untuk menerima tempahan dari pembaca umum alam maya. Perkhidmatan 3D Online ini saya buka setelah sekian lama saya menerima tempahan 3D dari kenalan rapat dan saudara mara. Kini saya buka untuk tempahan orang ramai yang memerlukannya. Saya tahu bertapa sukarnya berurusan dengan kontraktor dan pelukis pelan untuk menyampaikan maksud rekabentuk yang setiap orang kehendaki. Lukisan lakaran dan lukisan 2 Dimensi dahaja tidak memadai untuk menjelaskan maksud. Dengan adanya rekabentuk 3D, rekabentuk menjadi jelas dengan memenuhi segala aspek seperti gambaran sebenar lokasi dan kedudukan, bentuk dan rupa, warna dan material dan sebagainya. Ia benar-benar memudahkan pihak lain untuk memahami rekabentuk yang pemilik kehendaki untuk dibina dan diusahakan. Saya sangat berharap dengan perkhidmatan yang saya buka kepada orang ramai ini, saya dapat membantu anda di luar sana untuk menyampaikan maksud rekabentuk dan idea anda kepada orang yang sepatutnya dengan tepat. Untuk segala pertanyaan, anda boleh berhubung dengan saya. Saya sudahi dengan Wassalam.

Perekabentuk 3D Online
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com
khairunnisahamzahara@gmail.com
whatapps: 0197720507