Semua orang boleh buat rekabentuk 3d sendiri. Jom Belajar

tempah sekarang

tempah sekarang

Wednesday 11 December 2013

Hiasan Dalaman Bilik Study

Teks: khairunnisa hamzahara

Seminggu yang lepas saya telah mendapat email dari Siti Nur Rasyidah yang telah pun siap-siap bank in dan submit borang tempahan rekabentuk di Borang Tempahan. Siti Nur Rasyidah memerlukan bantuan untuk merekabentuk hiasan dalaman bilik study di rumahnya. Dan apa yang menyenangkan hati saya, ketika Siti Nur Rasyidah email saya pertama kali itu, turut disertakan sekali gambar-gambar dan pelan asal bilik tersebut. Ia amat memudahkan saya untuk membuat kerja rekabentuk. Namun oleh kerana tempahan rekabentuk yang berderet-deret, saya hanya dapat menyerahkan rekabentuk bilik study ini setelah masuk hari ke lapan dari tarikh Siti Nur Rasyidah membuat tempahan. Alhamdulillah dah siap. Menurut Siti Nur Rasyidah, dia hanya inginkan bilik yang ringkas dan moden. Berikut adalah imej bilik asal dan pelan biliknya. Dan diikuti dengan rekabentuk 3D yang telah saya siapkan. Mari kita lihat di bawah; 

LOKASI BILIK



GAMBAR ASAL BILIK




Urusan kerja rekabentuk 3D ini sepenuhnya dijalankan secara online. Oleh itu, saya mengkaji sedikit aktiviti tuan rumah di bilik ini. Biliknya di tingkat atas. Bilik ini digunakan untuk study dan kerja. Terdapat juga pakaian bergantung, mungkin pakaian yang telah di iron. Bilik ini boleh diklasifikasikan sebagai bilik kerja. Jadi saya rekakan seperti di bawah;-

REKABENTUK UBAHSUAI 3D BILIK STUDY



Oleh kerana biliknya segi empat sama, ruang di manfaatkan sebaiknya di kedua-dua sisi bilik. Iaitu di dinding kiri dan dinding kanan jika berdiri dari pintu masuk. Sebaik buka pintu masuk akan kelihatan dinding fokus utama iaitu di kiri. Dinding ini lah yang akan dihias dan dibina dengan kelengkapan untuk aktiviti utama di ruang ini. Aktiviti utama ruang ini adalah untuk study dan menyiapkan kerja. Oleh itu, Rak buku di susun di dinding yang di warnakan dengan warna yang menyegarkan minda iaitu biru atau hijau atau turquoise. Di bawah rak buku di lengkapkan dengan meja gantung berlaci. Sepanjang meja ini boleh dimuatkan dengan dua buah kerusi kerja.
  

Langsir yang digunakan pula perlulah kemas dan smart. Ini bagi menggalakkan minda untuk bekerja atau belajar seperti di pejabat. Roman blind dicadangkan untuk digantung pada tingkap. Sistem romand blind sangat mudah untuk di lipat ke atas dan diturunkan semula untuk tutup pandangan luar tingkap kembali. Karpet pula dicadangkan agar menggunakan karpet yang berbentuk lain dari segi empat bagi memecahkan suasana segiempat sama pada ruang. Cadangan saya, menggunakan karpet berbentuk bulat. 


Disebelah dinding kanan pintu  pula diletakkan kabinet gantung atas untuk menyimpan barang-barang. Day bed diletakkan di sini untuk berehat atau menyelesaikan tugasan secara santai bagi merehatkan pinggang dan tulang belakang. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik untuk iron baju dengan meletakkan iron board di dalam bilik.

Saya masih menunggu respond dari tuan badan. Di harap tuan badan berpuas hati terhadap cadangan rekabentuk 3D untuk bilik study nya ini. Wallahualam

Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara


Senibina Kehidupan Di Rumah

Tuesday 3 December 2013

Hiasan Dalaman Ruang Terbuka Apartment

Teks: khairunnisa hamzahara

Baru-baru ini saya menerima email di mana tempahan rekabentuk dibuat oleh puan pelanggan yang membaca tentang khidmat rekabentuk 3D ini di blog Panduan Untuk Kediaman Idaman untuk ruang terbuka di rumah apartmentnya. Ruang tamu, ruang makan dan dapur di satukan dalam satu pelan terbuka. Puan pelanggan telah melantik saya untuk membuat rekabentuk 3D hiasan dalaman ruang-ruang ini. Saya sangat teruja untuk menghasilkan rekabentuk yang terbaik dan dalam masa yang sama dapat menambah nilai ruang-ruang tersebut. Oleh itu, beberapa idea dan konsep telah saya ketengahkan untuk memberikan ruang yang terbaik untuk puan pelanggan sekeluarga.

PEMBAHAGIAN RUANG PELAN TERBUKA


Gambar : Pandangan pertama pelan 3D keseluruhan ruang terbuka apartment
PERANCANGAN KESELURUHAN RUANG 

Ruang yang di kenal pasti pada pelan terbuka ini adalah ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur. Dari pintu masuk, direka satu laluan menyambut tetamu dengan adanya cermin muka yang besar dan diletakkan bingkai gambar, bunga serta lampu spotlight kuning di mana di bawahnya dilengkapi dengan almari kabinet untuk penyimpanan barang-barang keperluan rumah yang kemudiannya terus melalui ruang dapur. Oleh kerana sebaik melalui ruang masuk itu akan terus melalui dapur, satu bentuk gerbang di reka bagi membahasakan bahawa dapur ini adalah privacy. Saya juga mencadangkan agar ruang dapur ini dinaikkan sedikit, oleh itu, untuk ke dapur, perlu melalui gerbang ini dan perlu menapak 1-2 anak tangga. (Ruang jadi sedikit tinggi)

Ruang dapur ini bersambung dengan meja bar di mana ia juga merupakan meja kerja ,tempat membasuh makanan dan meja sarapan. Bersebelahan dengan meja bar adalah ruang makan yang memuatkan 4 buah kerusi. Bagi memberikan suasana dan mood khas di ruang makan, panel kayu di wujudkan bagi memisahkan laluan pergerakkan orang dari bilik-bilik tidur dan ruang tamu. Di bawah panel kayu turut di bina almari kabinet untuk diletakkan perkakas ruamah. Di ruang tamu, suasana mesra di ketengahkan dengan penggunaan kerusi L-Shaped dan turut diletakkan kabinet tv dan tv. Kerusi L-shaped ini mengadap pemandangan balkoni dan diserikan dengan penggunaan meja kopi berbentuk bulat bagi memecah suasana segiempat di ruang tersebut.

Pembaca sekalian boleh scroll ke bawah untuk melihat lebih jelas lukisan-lukisan rekabentuk hiasan dalaman 3D yang dihasilkan di setiap ruang:
Gambar: pandanagan 3D pelan keseluruhan rekabentuk hiasan dalaman ruang

SEKITAR PANDANGAN RUANG MAKAN DAN MEJA BAR


Gambar: Pandangan atas sudut makan, hiasan dinding sudut makan, meja bar sarapan dan gerbang ke dapur


Gambar: Pandangan dari Meja makan ke ruang tamu melalui panel-panel kayu
Gambar: Pandangan dari sink meja bar ke ruang makan


Gambar : Pandangan dari dapur mengadap gerbang dapur di mana lantai dapur di tinggikan sedikit
Gambar: pandangan dari gerbang dapur hingga ke pintu ruang laundry
Gambar: Pandangan dari meja makan ke bar dan dapur

RUANG TAMU DAN RUANG TV



Gambar: pemandangan ruang tamu

RUANG MASUK (ENTRY)




Sampai di sini dahulu, saya akan kongsikan konsep dan rekabentuk yang lain pula di lain masa. Untuk sebarang tempahan rekabentuk boleh hubungi saya .. Insyaallah saya cuba bantu sedaya yang mampu. Yang baik itu dari Allah yang ada kekurangan itu dari saya sendiri. Wallahualam

Salam sayang dari saya:
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan di Rumah
Untuk tempahan design, hubungi di sini:
email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatapps/message : 019-7720507

Untuk sertai kelas asas rekabentuk sketchup boleh masuk kelas di sini:
Untuk sertai kelas asas blog, baca dan daftar di sini
setiap pendaftaran kelas, akan dapat PERCUMA EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU