Semua orang boleh buat rekabentuk 3d sendiri. Jom Belajar

tempah sekarang

tempah sekarang

Thursday, 25 December 2014

REKABENTUK RUANG TERBUKA APARTMENT BERSAIZ KECIL

Teks: khairunnisa hamzahara

Usah bataskan potensi ruang yang kecil. Ruang yang kecil juga boleh menjadi luas sekiranya kita dapat menggunakan seluruh ruang sebaiknya. Tempahan rekabentuk kali ini datang nya dari pasangan yang memiliki saiz apartment yang berskala kecil. Oleh itu, idea rekabentuk yang diketengahkan bagi kawasan ruang terbuka adalah mewujudkan pembahagi ruang antara ruang tamu dan ruang makan. Dengan cara ini ia akan lebih kelihatan kemas dan ber zon. Dipembahagi ruang ini di bina kabinet tv di mana tv dipasang pada paltform yang boleh digerakan bagi dipusingkan antara dua ruang, ruang makan dan ruang tamu.






Sunday, 23 February 2014

Tempahan Lakaran Rekabentuk

Ada Tiga 3d sketches Design Projek In the making for client
minggu ini.
Bagi yang nak tempah rekabentuk boleh lah ke
www.rekabentuk3donline.com (web) /
http://rekabentuk3donline.blogspot.com/ (blog)
atau PM saya (lebih mudah)

Tempahan mula di ambil semula bermula hari Jumaat ini 
Hanya perlu emailkan :
1. Pelan Ruang/Rumah/ Kedai/
2. Emailkan sekali kehendak dan keperluan pada ruang berkenaan
3. Soalan analisa selanjutnya akan diedarkan untuk proses analisa
selanjutnya


Wednesday, 11 December 2013

Hiasan Dalaman Bilik Study

Teks: khairunnisa hamzahara

Seminggu yang lepas saya telah mendapat email dari Siti Nur Rasyidah yang telah pun siap-siap bank in dan submit borang tempahan rekabentuk di Borang Tempahan. Siti Nur Rasyidah memerlukan bantuan untuk merekabentuk hiasan dalaman bilik study di rumahnya. Dan apa yang menyenangkan hati saya, ketika Siti Nur Rasyidah email saya pertama kali itu, turut disertakan sekali gambar-gambar dan pelan asal bilik tersebut. Ia amat memudahkan saya untuk membuat kerja rekabentuk. Namun oleh kerana tempahan rekabentuk yang berderet-deret, saya hanya dapat menyerahkan rekabentuk bilik study ini setelah masuk hari ke lapan dari tarikh Siti Nur Rasyidah membuat tempahan. Alhamdulillah dah siap. Menurut Siti Nur Rasyidah, dia hanya inginkan bilik yang ringkas dan moden. Berikut adalah imej bilik asal dan pelan biliknya. Dan diikuti dengan rekabentuk 3D yang telah saya siapkan. Mari kita lihat di bawah; 

LOKASI BILIK



GAMBAR ASAL BILIK




Urusan kerja rekabentuk 3D ini sepenuhnya dijalankan secara online. Oleh itu, saya mengkaji sedikit aktiviti tuan rumah di bilik ini. Biliknya di tingkat atas. Bilik ini digunakan untuk study dan kerja. Terdapat juga pakaian bergantung, mungkin pakaian yang telah di iron. Bilik ini boleh diklasifikasikan sebagai bilik kerja. Jadi saya rekakan seperti di bawah;-

REKABENTUK UBAHSUAI 3D BILIK STUDY



Oleh kerana biliknya segi empat sama, ruang di manfaatkan sebaiknya di kedua-dua sisi bilik. Iaitu di dinding kiri dan dinding kanan jika berdiri dari pintu masuk. Sebaik buka pintu masuk akan kelihatan dinding fokus utama iaitu di kiri. Dinding ini lah yang akan dihias dan dibina dengan kelengkapan untuk aktiviti utama di ruang ini. Aktiviti utama ruang ini adalah untuk study dan menyiapkan kerja. Oleh itu, Rak buku di susun di dinding yang di warnakan dengan warna yang menyegarkan minda iaitu biru atau hijau atau turquoise. Di bawah rak buku di lengkapkan dengan meja gantung berlaci. Sepanjang meja ini boleh dimuatkan dengan dua buah kerusi kerja.
  

Langsir yang digunakan pula perlulah kemas dan smart. Ini bagi menggalakkan minda untuk bekerja atau belajar seperti di pejabat. Roman blind dicadangkan untuk digantung pada tingkap. Sistem romand blind sangat mudah untuk di lipat ke atas dan diturunkan semula untuk tutup pandangan luar tingkap kembali. Karpet pula dicadangkan agar menggunakan karpet yang berbentuk lain dari segi empat bagi memecahkan suasana segiempat sama pada ruang. Cadangan saya, menggunakan karpet berbentuk bulat. 


Disebelah dinding kanan pintu  pula diletakkan kabinet gantung atas untuk menyimpan barang-barang. Day bed diletakkan di sini untuk berehat atau menyelesaikan tugasan secara santai bagi merehatkan pinggang dan tulang belakang. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik untuk iron baju dengan meletakkan iron board di dalam bilik.

Saya masih menunggu respond dari tuan badan. Di harap tuan badan berpuas hati terhadap cadangan rekabentuk 3D untuk bilik study nya ini. Wallahualam

Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara


Senibina Kehidupan Di Rumah